BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HAK MILIK BERSAMA

SALAM ALAIK

Tuesday, March 16, 2010

TIPS MUDAH BANGUN QIAMULLAIL


1. Memerhati kesungguhan individu-individu yang bersungguh melakukan ibadah dari kalangan sahabat.Insyaallah,lama kelamaan kita akan terdidik secara tidak langsung untuk mengikut jejak mereka.Selain itu,selidik dan bayangkan kesungguhan individu terdahulu dari kita yang istiqamah dan iltizam dalam melakukan ibadah seperti para sahabat Rasulullah dan alim ulama'.
2. "Seseorang yang berada dalam keadaan selesa tidak ada yang akan dia peroleh melainkan kerugian."Maka tidurlah dalam keadaan mengereng agar kamu tidak terus lena diulit mimpi indah.Sunnah Rasulullah mengereng sebelah kanan.
3. Mengambil wudu' seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W agar kita berada dalam keadaan suci..Daripada al-Barra bin Azib"Apabila anda hendak tidur,berwudu'lah seperti untuk menunaikan solat"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
4. Tidur awal jika tiada urusan agar tidak merasa letih untuk bangun.
5. Doa,Membaca surah2 tertentu yang dianjurkan seperti 3 Qul, berzikir atau membaca ma'thurat.
6. Elakkan makan dan minum berlebihan kerana ia membuatkan badan menjadi lemah dan malas.
7. Berniat dan bertekad untuk bangun malam..Insyaallah dengan niat yang baik maka Allah akan 'kejutkan' kita.
8. Sering memuhasabah diri agar tahap keimanan tinggi dan keikhlasan akan lahir..Semangat untuk beribadah memudahkan lagi kita bangun.
9. Menjauhi dosa dan maksiat kerana apabila hati menjadi kotor maka amat sukar untuk beribadah..
10. Meminta pertolongan kawan2 atau ahli keluarga untuk menggerakkan kita jika mereka terbangun.(alang2 ajak mereka sekali)
11. Set alarm setiap 15 minit atau setengah jam...lebih kerap lebih baik..bermula dari 3.30am atau 4am agar tidur kita terganggu..
12. Kadang2 ada diantara kita nie 'semangat'nya dari luar..Maka carilah 'semangat' yang baik2 dan yang turut mencari keredhaanNya..supaya kita rasa malu jikakita xbuat sedangkan 'semangat' kita sering beristiqomah dalam ibadah..dan ketika melakukan ibadah,perbetulkan semula niat..

Insyaallah,Allah akan membantu hamba-hambaNya yang ingin berubah kepada kebaikan..Walaupun kita merasakan semakin kita ingin dekat kepadaNya,semakin jauh dan sukar rasanya,namun hakikatnya Dia sudah hampir dengan kita..
"Apakah mereka mengaku mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji??

0 comments: