BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HAK MILIK BERSAMA

SALAM ALAIK

Thursday, July 1, 2010

Mencari Cinta Allah

Fitrah manusia, apabila berada di dalam sesuatu tahap, maka mereka lebih gemar berkat-kata tentang apa yang besar pada mereka.

Orang miskin yang bertaqwa , mereka akan lebih kerap berkata soal sabar.

Seorang yang berharta akan lebih berkata soal menambahkan harta kekayaan.

Seorang penyeru kebaikan akan sentiasa berbicara bagaimana boleh seruan itu sampai ke ketelinga-telinga mereka yang masih tidak mendengarnya.

Seorang pemimpin atau orang besar pula akan lebih berkata soal perkara-perkara besar, projek berbilion , prasarana terindah, pembangunan ekonomi dan masyarakat.

Semakin tingi taraf seseorang, semakin besar perkara-perkara yang akan diperkatakannya.

Perkara-perkara kecil atau remeh tidak akan terlintas atau tidak akan berbunyi dari butir perbicaraannya.

Jika seseorang pemimpin itu berkata soal ajk kampung atau jkkk , pasti ajk tersebut dekat di hati pemimpin tersebut.

Kebiasaan seorang pemimpin akan berkata apa yang besar dan dekat di hatinya.


Bicara Tuhan

Allah itu Maha Hebat , kehebatannya melangkaui lintasan fikiran manusia.

Hebatnya Allah, dunia ini adalah miliknya, Dialah Pembuatnya.

Allah itu hebat, DIa Maha Hebat , dan dia sentiasa berkata sesuatu yang hebat.

Allah berkata tentang masa.

Maka masa itu sangat besar ertinya.

Allah berkata tentang bintang, matahari , bulan.

Matahari itu setiap saat proses pembakaran di dalamnya berlaku melebihi kekuatan beribu biji atom.

Dengan proses tersebut, ianya menhasilkan cahaya dan haba kepada alam, bumi mendapat manfaatnya.

Allah berkata tentang bulan.

Pelbagai bentuk bulan memberikan faedah besar kepada manusia.

Banyak kalendar merujuk kepada peredaran bulan.

Maka bulan itu sesuatu yang besar.

Allah berkata tentang bintang, bagaimana ianya memberikan banyak manfaat.

Dengan bintang, musafir di perjalanan merujuk arah.

Dengan bintang, mereka yang hilang arah di lautan air atau padang pasir akan bertemu semula arah.

Maka bintang itu besar sangat manfaatnya.

Dalam Allah berkata-kata tentang Matahari , Bulan , Bintang, Masa , Bumi , Gunung Ganang , Dia ada bercerita tentang beberapa manusia.

25 orang rasul.

Penghuni-penghuni Gua.

Nasihat luqmanul hakim kepada anaknya.

Kisah ashabul ukhdud.

Nama zaid , sahabat dan anak angkat nabi.

Kisah redonya Allah pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad.

Maka, apabila Allah yang Maha Hebat berkata yang selalu berkata tentang benda-benda hebat, tetapi dalam keadaan yang sama , DIa berkata tentang beberapa manusia ini, pastilah manusia-manusia yang disebut ini juga HEBAT.

Tanda cinta adalah apabila nama yang dicintai itu selalu disebut.

Tanda benci apabila nama yang dibenci selalu disebut.

Begitulah apa yang Allah ajarkan.

Nabi-nabi, para sahabatnya, kisah seorang buta yang inginkan kebenaran, penghuni-penghuni gua, Allah telah memuji mereka disebabkan condongnya hati mereka kepada iman, kepada Allah.

Hati-hati mereka ini sentiasa tidak senang apabila tiada pertambahan iman di jiwa.

Setiap detik hayat mereka, tiada yang dipelihara melainkan iman di dada.

Mereka berusaha dan berusaha, agar Allah itu didaulatkan , aturannya diturutkan, agamanya menjadi panduan.

Maka benar, mereka memang manusia hebat.

Firaun, Haman, Qarun, Abu Lahab, Kaum Tsamud, Kaum Lut, Kaum Madyan, segolongan Bani Israel , Allah telah mengutuk dan mengulang-ulang nama mereka disebabkan kefasadan atau kemusnahan yang mereka lakukan.

Mereka memerangi manusia yang rindukan kedamaian.

Mereka tidak senang apabila manusia tidak bergantung pada mereka.

Mereka dengan rela condong hati-hati mereka pada sesuatu yang tidak sepatutnya.

Benarlah mereka memang HEBAT, Hebat pada menentang Allah , Tuhan Pencipta yang Maha Hebat.

Maka kita sebagai manusia, apabila sudah TAHU bahawa Allah itu MAHA HEBAT dan berkata-kata tentang perkara yang HEBAT , dan ada dari perkara-perkara yang hebat yang dibicarakan Tuhan itu adalah manusia, maka ianya ada iktibar yang boleh diambil.

Perjalanan hidup mereka, dijadikan pedoman, panduan meniti kehidupan.

Maka apabila kita sebagai manusia , insan yang merindui Tuhannya, sewajarnya kita mencari-cari jalan agar nama kita juga Allah akan menyebutnya.


Bagaimana?

Ada dua, pilihlah yang mana.

Sama ada mahu menjadi golongan disukaiNYA atau dibenciNYA, segalanya sudah ada, tinggal mahu mengikutinya atau meninggalkannya.

0 comments: